Thursday, 12 December 2013

Kalah.

Kalah sebelum mula
Jatuh sebelum mencuba
Menangis sebelum benar-benar kecewa

Apa benar kata kau dunia ini
tentang hal-hal mudah sahaja?
Apa benar pujuk hati yang kalah itu 
semudah yang disangka ?


Tercipta puisi ini sebelum presentation Bel dan selepas membaca puisi hasil msykbrhn. 

Tuesday, 10 December 2013

Seorang Mosyuki.



Admirasi. 

Kerana ini pertama kali bagi seorang aku mendengar bacaan puisi secara live. Dan ini merupakan memori yang paling manis. Bacaan yang jujur dapat menembak tepat ke jantung, dan terus-menerus takterlupakan sehingga saat dan ketika ini.

Selamat maju jaya untuk seorang Mosyuki Borhan. 
Teruskan menulis, jangan berhenti.