Friday, 10 October 2014

WEEKEND AT THE PARK

Throwback : 
Weekend at the park // Ipoh Youth // P.O.R.T // H.O.M.E
27th September 2014 









Wednesday, 3 September 2014

Kalis

Yang kalis itu bukan aku
Kerana disetiap jauh kamu
Aku rindu

Yang kalis itu bukan aku
Kerana di semua tembakan kamu
Aku terus melulu tanpa baju kalis peluru

Tapi kau tak pernah ambil tahu
yang kalis itu bukan aku.

Bukan aku.

Thursday, 14 August 2014

Jalan terus.

Jalan terus tak semestinya jalan itu lurus.
Cuma kau perlu jalan terus.


Tuesday, 22 July 2014

The tenth hour.

Tangan ini baru mahu mencari sesuatu.
Mata ini baru membaca sesuatu.
Hati ini baru mahu menerima sesuatu.

Yang sebelum ini seperti tahu tetapi tidak mahu ambil tahu.

Semoga masih belum terlewat,
Semoga hati ini kuat.



Semuanya masih belum terlewat selagi mata belum tertutup rapat.

Friday, 18 July 2014

MH17

Hilang. dan mati tanpa bicara,
Sedang aku disini masih berdosa,
Apa mungkin jalan mereka yang sekejap cuma lebih punya makna?
Atau aku yang diberi pinjaman nyawa hari-hari ini punya pengakhiran yang duka?

Kuat, kuatlah hati yang menerima cerita duka.
Tabah, tabahlah hati menanggung hilangnya permata.

Allah itu ada, sentiasa bersama.


Wednesday, 16 July 2014

Idk II

Dia itu menang tanpa perlu
bersaing.

Aku ini kalah sebelum mula
bertanding.

Memang, hidup memang
begini.

Idk I

Hitung-hitung hari,
Pangkah-pangkah kalendar.

Kau sebenarnya semakin mengingat
bukan semakin melupa.

Kau sebenarnya semakin mendekat
bukan menjauh.

Kadang-kadang terlalu cuba untuk melupa itu bawa
maksud yang sebaliknya. Bukan ?

Friday, 6 June 2014

Glorious Sessions14





Throwback BOCO10









Tentang semua yang tidak boleh.

Tentang semua yang tidak boleh itulah apa yang kau paling mahu.

Kenapa kau pergi bersaing antara hati dan fikiran sedangkan kau tahu fikiran dan hati kau mahukan perkara yang sama. Dan sekarang kau letak limit pada fikiran supaya dia dapat berperang menentang hati ?

Manusia ini, memang complicated kan ?



Monday, 17 February 2014

Semoga

Berkecamuk minda dengan perkara dunia
Bimbang kesakitan yang telah dirasa tidak setimpal apa yang bakal diterima
Sesak nafas berat keluhan rasa
Semoga ianya baik-baik sahaja.

Aamin. 

Malam sebelum keputusan semester tiga dikeluarkan. 

Wednesday, 15 January 2014

Rindu.

Ayuh tinggalkan
saki baki sakit semalam. 
Hari ini perlu lebih baik dan indah. 
Bismillah. 

Rindu. 

Versus.

Sesungguhnya seorang Syikin tidak pandai menyusun kata-kata apabila hati sedang kawal minda.