Tuesday, 22 July 2014

The tenth hour.

Tangan ini baru mahu mencari sesuatu.
Mata ini baru membaca sesuatu.
Hati ini baru mahu menerima sesuatu.

Yang sebelum ini seperti tahu tetapi tidak mahu ambil tahu.

Semoga masih belum terlewat,
Semoga hati ini kuat.



Semuanya masih belum terlewat selagi mata belum tertutup rapat.

Friday, 18 July 2014

MH17

Hilang. dan mati tanpa bicara,
Sedang aku disini masih berdosa,
Apa mungkin jalan mereka yang sekejap cuma lebih punya makna?
Atau aku yang diberi pinjaman nyawa hari-hari ini punya pengakhiran yang duka?

Kuat, kuatlah hati yang menerima cerita duka.
Tabah, tabahlah hati menanggung hilangnya permata.

Allah itu ada, sentiasa bersama.


Wednesday, 16 July 2014

Idk II

Dia itu menang tanpa perlu
bersaing.

Aku ini kalah sebelum mula
bertanding.

Memang, hidup memang
begini.

Idk I

Hitung-hitung hari,
Pangkah-pangkah kalendar.

Kau sebenarnya semakin mengingat
bukan semakin melupa.

Kau sebenarnya semakin mendekat
bukan menjauh.

Kadang-kadang terlalu cuba untuk melupa itu bawa
maksud yang sebaliknya. Bukan ?

Friday, 6 June 2014

Glorious Sessions14





Throwback BOCO10









Tentang semua yang tidak boleh.

Tentang semua yang tidak boleh itulah apa yang kau paling mahu.

Kenapa kau pergi bersaing antara hati dan fikiran sedangkan kau tahu fikiran dan hati kau mahukan perkara yang sama. Dan sekarang kau letak limit pada fikiran supaya dia dapat berperang menentang hati ?

Manusia ini, memang complicated kan ?