Monday, 8 June 2015

Lebih baik, jauh lebih baik.

Semahu-mahunya hati aku tidak mahu hari ini wujud. Supaya aku tidak lihat sesuatu yang aku tidak mahu lihat dan sesuatu yang aku tak mahu tahu -- yang pada akhirnya aku akan tahu juga. Hidup ini rumit, ditambah pula dengan aku yang sedia rumit.

Maka, semalam adalah hari yang teruk. Berperang dengan perasaan sendiri adalah sangat teruk rasanya. Kalau bisa dimuntahkan dalam bentuk perkataan atau ayat pun semuanya tak bisa tersusun kemas-- kerana perasaan itu sangat teruk.

Aku sampaikan sesuatu yang hanya separuh hati aku mahukannya ia menjadi sebegitu, sehingga setitis setitis air mata mengalir dan terus menjadi semakin laju. Lagi separuh hati aku mahu dia lenyap terus dari sini, bersama apa yang sarat dalam minda aku sekali. Sehingga tahap aku berharap aku tidak kenal mereka-mereka ini.

Cepatlah hari ini berlalu, berlalu bersama semua yang menyakitkan.


No comments:

Post a Comment