Friday, 28 August 2015

dua puluh dua

Selamat meraikan hari kelahiran yg ke dua puluh dua tahun Melor !

Terus jadi seorang Atirah, macam selalu :)

Saturday, 22 August 2015

Masih,

Sejauh mana kau berlari,
bertapak-tapak membawa diri,
dia tetap kembali dan kau tak pernah mampu untuk terus
menolak-tepi.

Sedangkan kau tahu
hal perasaan bukanlah satu permainan pakai-buang,
dan di mana kau selalu mahu menang.
Apabila kau tahu ada saingan yang aksinya lebih tenang.

Tapi asa kau masih punya sisa,
Mencarinya setiap celik mata,
Mahu tahu bagaimana hidupnya,
saban hari malah setiap detik masa.
Kerana kau masih -- masih mengharapkan dia.


Wednesday, 12 August 2015

Seandainya,

Kau tahu, disetiap celik mata aku
Aku terus mencarimu
Dengan harapan, ada namaku dalam setiap tulisan-tulisanmu.
Atau cukuplah sekadar apa-apa tanda tentang aku pernah singgah di fikiranmu ketika itu.

Seandainya kau tahu.