Sejauh mana kau berlari,
bertapak-tapak membawa diri,
dia tetap kembali dan kau tak pernah mampu untuk terus
menolak-tepi.
Sedangkan kau tahu
hal perasaan bukanlah satu permainan pakai-buang,
dan di mana kau selalu mahu menang.
Apabila kau tahu ada saingan yang aksinya lebih tenang.
Tapi asa kau masih punya sisa,
Mencarinya setiap celik mata,
Mahu tahu bagaimana hidupnya,
saban hari malah setiap detik masa.
Kerana kau masih -- masih mengharapkan dia.
No comments:
Post a Comment