29122015.
Selamat Hari Kelahiran yang ke 57, Abah! Dalam family, yang tak pernah call atau sms untuk ucap happy birthday aku rasa hanya aku sahaja, sebab yang lain boleh wish depan depan atau blh call/sms. Tp aku tak pnh buat macam tu sebab...segan? Hahaha. Tp dua tiga tahun kebelakangan ni Abah akan call masa birthday dia so aku akan wish masa dia call :) hm sebenarnya aku tak berapa ingat zaman aku kecik kecik contohnya masa tadika, tak ingat apa aku belajar masa tu tp mestila abc ke 123 ke maybe aku tak suka tadika kot hahaha.
Tapi ada beberapa kenangan yang aku ingat, yang aku rasa macam aku nak simpan kenangan ni sampai bila bila. Dulu, masa sebelum tadika, berbeza dgn abang,angah dan alang yang suka buku abc, 123 bla bla bla maths ke apa ke psl pelajaran apa semua,aku lbh suka buku mewarna. Hahaha hari hari nak mewarna maybe masa tu umur dalam 4 or 5 tahun. So lps hantar mak pergi nursery jaga budak budak ( ye dulu mak amik upah jaga budak-budak ) abah bawak pergi minum and makan roti canai kat atas bukit ( now kedai tu dah tutup ), otw balik akan stop kat kedai Raju and beli buku mewarna. Balik balik je terus mewarna pastu suruh abah bagi markah and bintang. Lol. Tp serious ah abah layankan je :') Bila dah tadika, abah selalu teman beli beg sbb ada sorang budak ni beg dia lawa pastu aku nak beg camtu gak pastu g cari pastu tak jumpa, hm aku cam sedih. Tp, at least abah teman g cari dari satu kedai ke satu kedai. Nanti kalau aku ada anak ke, aku nak buat macam tu jugak. Siapa sangka dalam banyak banyak kenangan, yang ni antara kenangan yg paling kita akan ingat. Kan ?
Lepas tu bila dah sekolah rendah, skill mewarna semakin power hahaha. Kat sekolah asal ada je pertandingan mewarna mesti masuk pastu menang pastu dapat hadiah pensil warna. Lol. Tak pun dapat pencil case yg ada magnet tu. Time tu abah lah yg paling sokong aku. Kalau ada pertandingan kat luar sekolah abah akan daftarkan. Ada satu hari tu abah tanya penganjur tu yg pertandingan tu start pukul berapa. Lps tu org tu silap bagitau masa start. So aku dtg lambat hari pertandingan tu. Bapak ah org lain dah start kaler half lukisan tu dah kot aku baru datang bawak surat khabar nak lapik lukisan dgn kaler luna, stabilo, faber castle haa campur semua. Masa tu aku cam, alaa sempat ke nak siap ni org lain dah start lama kot :( tapi aku g cari tempat and terus start kaler pastu sempat siap Alhamdulillah. Menang no 1 pulak tu hahahaha best gila time tu tak leh nak describe sbb dia tampal kat dinding kot lukisan yang menang hahaha bangga jap. Actually masa awal awal dtg lambat tu aku nak give up sbb aku rasa aku tak sempat siap pun, tapi abah suruh try jugak. Hanya abah yang percaya aku lbh dari aku percaya diri sendiri masa tu :')
Kenangan dgn abah tak stop sampai situ je, masa darjah 4 or 5 macam tu aku masuk tarian kat sekolah lps tu kena perform masa hari anugerah. DAH LA TAK DAPAT ANUGERAH APA APA LPS TU KENA PERFORM SO MACAM DATANG HARI ANUGERAH UTK MENARI JE....
KAY...
Tapi haritu abah still datang sbb nak support aku :') kalau masa blh putar balik aku nak je study elok elok at least dpt la apa apa anugerah masa hari anugerah tu sbb tak la abah dtg semata mata utk tengok aku menari je kan :') Apa apa pun terima kasih abah, sbb sanggup datang jugak hari tu :'))))
Masa darjah 6 aku study elok elok sbb masa tu duduk sebelah ketua pengawas hahahaha pastu perangai pun jd elok sikit kot cam rajin sikit. Masa nak amik result upsr aku cakap kat abah yg abah tak yah hantar la, sbb nak g naik basikal dgn kawan. Sebenarnya time tu aku takut aku tak dpt 5A. Tahun tu ada 26 org dapat 5A lps tu guru besar umum nama sorang sorang hahahahaha bapak ah nervous. Masa tu dlm dewan, byk mak bapak dtg teman anak dorang pastu aku tgk luar tingkap aku nampak abah. Abah dtg jugak senyap senyap supaya aku tak tahu dia dtg. Masa tu aku just harap nama aku ada dlm senarai 26 org tu and yay tetiba guru besar panggil nama aku ahahahahahaha apa lagi g amik slip terus keluar jumpa abah pastu gigih call mak, alang apa semua nak cerita. GIGIHHHH GILA.
Then masa form one masuk sekolah kamunting, aku taknak sbb aku nak sekolah convent. Hari hari abah amik kat sekolah setiap petang setiap hari jugaklah aku tanya tawaran sekolah convent dah sampai ke ? Ada posmen hantar surat tak harini ? Haa punya la nak keluar dari sekolah tu cepat. Lps tu maybe abah cam kesian kat aku one day ni abah ajak g PPD taiping utk tanya pasal bila intake ke convent. Org PPD tu cakap tunggu surat sampai sbb macam ikut nasib je dapat ke tak kan. So aku cam okay kalau tak dpt takpe la nak buat cemana tp Alhamdulillah dapat surat masa hujung januari :') Bila aku ingat balik, tindakan abah bawak g PPD tu bukannya blh mengubah apa apa pasal surat tu pun, tapi sbb masa tu aku tak matang, aku ingat dgn pergi bertanya macam tu aku akan dpt jawapan yg aku nak, so abah bawakkan je supaya aku dgr jawapan tu sendiri.
Bila makin besar, kenangan macam makin kurang sbb dah makin senang (alhamdulillah). Tak perlu susah susah naik basikal atau bas lagi macam dulu dulu masa kecik. Abah pun dah semakin berumur, tapi aku tak hbs belajar lg :( Semoga sempat utk buat abah bangga lagi. Insyaallah.
Semoga lbh banyak kenangan yg akan kita cipta. Ada banyak lg kenangan yg ada dlm kotak ingatan tp biarlah kita simpan terus sampai bila bila. Seharapnya abah akan terus sihat, dan kasih sayang tak pernah kurang walau sedikit pun utk abah. Semakin hari semakin bertambah. Sekali lagi, selamat hari lahir Abah. Terima kasih untuk semua kesusahan yang abah lalui utk besarkan kami adik beradik. Sampai mati tak terbalas setiap satu pengorbanan abah :)





